PETALING JAYA – Tindakan segelintir pengunjung membiarkan sampah dan sisa makanan di pondok rehat di Pantai Kerteh, Terengganu mengundang kecaman orang ramai.
Menerusi video dimuat naik oleh pengguna TikTok Zaki JF, dia menunjukkan satu pondok rehat di pantai berkenaan dengan sisa dan sampah bungkusan makanan segera ditinggalkan di atas meja begitu sahaja.
Lelaki tersebut kemudian mengutip sampah itu dan memasukkannya ke dalam plastik hijau selain memberi teguran kepada orang ramai.
“Resit 28 Mei pukul 7.41 malam, makan ayam sedap. Apa yang menyedihkan makan tinggal kat sini, atas meja bergelimpangan. Kalau tengok tong sampah tak jauh sangat.
“Tapi itulah, masyarakat kita yang mungkin kurang dari segi kesedaran sivil dan harapkan orang lain kemas. Sama-samalah kita mengambil iktibar dan tak sepatutnya berlaku,” katanya.
Video tersebut mendapat pelbagai maklum balas mengecam pelaku tersebut selain mendoakannya berubah sikap menjaga kebersihan.
“Ya Allah, apa perasaan dia orang lepas makan tinggal gitu je,” komen pengguna TikTok @Na Zainon.
“Hamba Allah yang tidak sayang pada alam. Moga kita semua buat pengajaran, terima kasih sahabat yang tolong bersih,” kata @Marzilaini Muhammad.
“Semoga siapa yang tak buang sisa tu, dibukakan hati untuk menjaga kebersihan di mana-mana, amin,” komen @Meowai.my. – KOSMO! ONLINE
@zackzakijf Kesedaran sivik tentang menjaga kebersihan adalah sikap bertanggungjawab masyarakat dalam memastikan persekitaran sentiasa bersih, sihat dan selesa demi kesejahteraan bersama. Ia merangkumi amalan seperti membuang sampah di tempat yang betul, menjaga kebersihan kawasan awam serta memupuk rasa prihatin terhadap alam sekitar. #gpi #gengplastikija #bersih #pantai ♬ original sound – zaki jf














