fbpx
Anwar ketika menyapa orang ramai pada Majlis Pengumuman Calon PH PRN Negeri Sembilan, kelmarin. Foto FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

PRN Negeri Sembilan: Anwar rayu rakyat kekalkan mandat kepada PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu agar rakyat Negeri Sembilan terus memberikan kepercayaan kepada gabungan itu di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Menurut beliau, Aminuddin atau lebih dikenali sebagai Tok Min telah memimpin negeri berkenaan sejak 2018 dengan penuh amanah, sederhana dan berintegriti.

“Dengan penuh rasa rendah diri, saya merayu kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan agar terus memberikan kepercayaan kepada PH di bawah pimpinan Tok Min.

“Jangan biarkan usaha yang telah kita bina bersama ini terhenti di pertengahan jalan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar berkata, keserasian antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan telah membolehkan pelbagai usaha pembangunan dilaksanakan demi kepentingan rakyat Negeri Sembilan.

Bagaimanapun katanya, masih banyak agenda pembangunan yang perlu diteruskan bagi memastikan negeri itu terus berkembang dan rakyat menikmati kehidupan lebih sejahtera.

“Mandat kalian adalah demi memastikan Negeri Sembilan terus dipimpin oleh sebuah kerajaan yang bersih, stabil dan bekerja untuk rakyat,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan PH akan terus memikul amanah rakyat dengan sebaik-baiknya demi memastikan masa depan Negeri Sembilan lebih makmur dan sejahtera.

“Insya-Allah, PH akan terus memikul amanah ini dengan sebaik-baiknya demi masa depan Negeri Sembilan yang lebih makmur dan sejahtera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN