fbpx
Gambar hiasan

Tsunami dijangka landa Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di Mindanao, Filipina pada pukul 7.37 pagi hari ini.

MetMalaysia memaklumkan, gempa bumi itu berlaku pada koordinat 5.7 darjah Utara dan 125.1 darjah Timur dengan kedalaman 50 kilometer.

Menurutnya, pusat gempa terletak kira-kira 747 kilometer ke timur dari Semporna, Sabah.

“Nasihat tsunami di Sabah dijangka melanda kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu antara pukul 10.30 pagi hingga 12 tengah hari.

“Penduduk di kawasan pantai tersebut dinasihatkan menjauhi kawasan pantai serta mengikuti arahan daripada pihak berkuasa tempatan,” katanya.

MetMalaysia berkata, makluman lanjut akan dikeluarkan sekiranya terdapat maklumat tambahan mengenai kejadian itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN