fbpx

Mingyu kena berehat sebab isu buli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MINGYU

SEJAK beberapa minggu lalu, kontroversi membabitkan selebriti popular K-pop dengan tuduhan sebagai kaki buli ketika zaman persekolahan hangat diperkatakan.

Antaranya melibatkan penyanyi kumpulan SEVENTEEN, Mingyu yang dikatakan membuli seorang pelajar autisme dan melakukan gangguan seksual terhadap seorang pelajar perempuan.

Pledis Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua tuduhan yang mengaitkan nama Mingyu adalah tidak benar sama sekali.

“Kami sudah berjumpa dengan keluarga yang didakwa menjadi mangsa buli Mingyu, tetapi mereka menafikan tuduhan tersebut. Mingyu juga sudah membuat permohonan maaf kerana telah menimbulkan ketidakselesaan peminat berhubung kes sebegini,” ujarnya.

Rentetan kontroversi yang menghangatkan namanya, Mingyu dilaporkan telah menghentikan seketika aktiviti seni demi memberi laluan kepada pihak agensi melakukan siasatan.

“Pledis mengambil langkah bijak menguruskan kontroversi artis mereka,” ujar seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI