Mohd. Misuari memeriksa van sekolah yang disita dalam Ops KPPA di Kota Bharu, semalam. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI/ KOSMO!

Van haram kaut RM10,000 sebulan di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengesan lebih 1,000 pengusaha van sekolah di negeri ini yang beroperasi tanpa permit dengan memperolehi pendapatan hampir RM10,000 sebulan.

Pengarahnya Mohd.Misuari Abdullah berkata, van berkenaan yang berusia lebih 20 tahun itu, dikatakan membawa penumpang sehingga 15 murid atau pelajar dalam keadaan berhimpit dan sekurang-kurangnya mereka beroperasi empat trip sehari.

Menurutnya, pengusaha kebanyakannya menggunakan M van yang daif tanpa kemudahan penghawa dingin demi meraih keuntungan berganda.

“Kita berjaya mengesan dan menyita hasil risikan dan Ops Kenderaan Perkhidmatan Pengangkutan (KPPA) yang kita dilakukan pihaknya pada Khamis lalu.

“Pengusaha van berkenaan menggunakan taktik licik apabila tiada lambang van sekolah di pasang pada van berkenaan bagi mengaburi dikesan pihak berkuasa,”katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Mohd.Misuari berkata, sekiranya ditahan mereka mengatakan hanya membawa ahli keluarga yang bersekolah.

Katanya, itu alasan yang diberikan sebaik mereka ditahan dan risikan sudah dilakukan selama tiga bulan lalu bermuka awal pagi.

“Menerusi Ops KPPA, sebanyak 20 notis saman dikeluarkan termasuk sembilan van persendirian yang dijadikan van sekolah disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Ada van berkenaan tidak mempunyai lesen kenderaan motor (LKM). Kesemua van yang disita itu membabitkan daerah di Kota Bharu dengan ada pemilik mempunyai dua van. Kesemua pemilik van ini berusia antara 30 hingga 60 tahun,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN