MOHAMMAD Furiman (kiri) menunjukkan ketulan mampat ganja yang dirampas di Pulau Batu Layang, Kuala Perlis baru-baru ini.

Taktik tinggal, kutip ‘kecundang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Sindiket pengedaran dadah terus menggunakan taktik tinggal dan kutip bagi mengelakkan pergerakan mereka dihidu pihak berkuasa.

Modus operandi itu bagaimanapun gagal mengaburi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas agensi itu berjaya merampas ganja seberat 61.42 kilogram (kg) bernilai RM191,544 dalam dua operasi berasingan di Kuala Perlis.

Pengarah JKDM Perlis, Mohammad Furiman Hattar berkata, rampasan terbaharu dilakukan pada 19 Oktober lalu selepas sepasukan anggota Cawangan Penguatkuasaan Marin Kuala Perlis menemui tiga bungkusan guni mencurigakan di atas pelantar Jeti Pulau Batu Layang, Simpang Empat, Kuala Perlis.

“Dalam operasi kira-kira pukul 8.15 malam itu, pemeriksaan terhadap ketiga-tiga guni menemukan 35 ketulan mampat disyaki ganja seberat 36.42kg yang dianggarkan bernilai RM116,544.

“Bungkusan berkenaan dipercayai sengaja ditinggalkan di kawasan jeti terbiar untuk dipungut oleh individu lain bagi mengelakkan kegiatan sindiket dikesan pihak berkuasa,” katanya semasa sidang akhbar hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN