fbpx

Lagi rekahan tanah dikesan di Kampung Pohon Chelagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Pasir Mas, Mat Hawi Ariffin menunjukkan rekahan baru yang berlaku berhampiran Kampung Pohon Chelagi, Pasir Mas.

PASIR MAS – Terdapat rekahan tanah yang baru dikesan berlaku berhampiran kawasan Kampung Pohon Chelagi di sini susulan runtuhan tebing yang berlaku pada minggu lalu.

Kesan rekahan yang berlaku semalam dilihat mula bergerak ke kawasan tapak pam air milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang hanya beberapa meter sahaja dari lokasi asal kejadian di kampung itu.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

Menurutnya, rekahan itu mula dikesan semalam dan pemantauan berterusan di kawasan tersebut akan terus dilakukan dari masa ke masa.

“Bagaimanapun, urusan perniagaan berhampiran kawasan tersebut masih lagi berjalan seperti biasa.

“Hal ini kerana lokasi tersebut berada di dalam zon kuning,” katanya.

Akhbar Kosmo baru-baru ini melaporkan, 15 buah keluarga yang menetap di Jalan Pohon Chelagi di sini diarah untuk mengosongkan rumah mereka selepas tebing Sungai Kelantan.

Runtuhan tebing sungai itu berlaku bermula antara pukul 2.30 hingga 6.30 pagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari mahu kerajaan negeri menyegerakan polisi penempatan baharu mangsa terlibat.

Katanya, perkara itu bagi memberikan keselesaan kepada penduduk yang terjejas.

“Saya yakin dan percaya kerajaan negeri sentiasa komited untuk menyelesaikan masalah yang berlaku ini dengan secepat mungkin,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI