Mazlan menunjukkan gambar Allahyaryam Nor Maisarah (kanan) bersama Norqistina ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Kochang, Bunut Susu dekat Pasir Mas hari ini. Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI

Terkilan tak sempat lihat anak sulung genggam ijazah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR MAS – Bapa kepada salah seorang mangsa yang terkorban dalam nahas selepas merempuh pokok di Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang di Kalbox 5, Rantau Panjang semalam terkilan kerana tidak sempat melihat anak sulungnya menggenggam ijazah pada istiadat konvokesyen hujung tahun ini.

Dalam kejadian pada pukul 11.20 pagi itu, Nor Maisarah, 23, menghembuskan nafas terakhirnya ketika dirawat di Hospital Pasir Mas, manakala ibu mentuanya, Che Rokiah Che Idris, 73, meninggal dunia di lokasi.

Mazlan Mamat, 50, berkata, arwah anaknya baru menamatkan pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seremban pada Julai lalu dan sedang menunggu istiadat konvokesyen pada penghujung tahun ini.

Katanya, nahas berlaku ketika Nor Maisarah yang menaiki kereta Perodua Axia dipandu adiknya, Norqistina, 18, dan ditemani nenek dalam perjalanan ke Rantau Panjang untuk membeli barangan bagi persiapan untuk ke Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu di Melaka.

“Norqistina sepatut masuk semula ke IPG hari ini, namun hasrat itu terpaksa ditangguhkan kerana dia menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu akibat patah tangan kiri selepas terlibat kemalangan.

“Sebelum bertolak ke Rantau Panjang, arwah Nor Maisarah memaklumkan mereka akan ke Rantau Panjang untuk membeli barangan Norqistina,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kochang, Bunut Susu di sini hari ini.

Mazlan berkata, arwah anaknya kerap berpesan kepada Norqistina supaya berhati-hati ketika memandu sejak beberapa hari lalu.

Jenazah anaknya dan Che Rokiah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kochang, Bunut Susu di sini pada pukul 12 tengah malam tadi. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN