fbpx

Saya lebih utamakan keluarga – Mehmet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MEHMET terpaksa mengambil keputusan meninggalkan pasukan Perak FC untuk kembali ke pangkuan keluarganya di Australia susulan pandemik Covid-19

Oleh AZIZAN HASHIM

“TIADA yang lebih penting daripada keluarga,” tegas jurulatih berpengalaman, Mehmet Durakovic yang meminta pelepasan daripada Perak FC kerana mahu pulang ke Australia untuk bersama keluarganya.

Mehmet mengakui sukar buat dirinya untuk meninggalkan pa­sukan Perak FC kerana sudah empat musim bersama skuad The Bos Gaurus.

“Keadaan tidak mengizinkan saya untuk berada lebih lama lagi di sini. Penularan pandemik Covid-19 membuatkan kehidupan saya susah kerana terpisah dengan keluarga.

“Memang ini satu keputusan yang amat sukar dan berat sekali tetapi saya lebih mengutamakan keluarga,” katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ipoh semalam.

Pada masa sama, Mehmet mengucapkan terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah Perak FC kerana memahami situasi dirinya dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya itu dengan baik sekali.

“Hubungan de­ngan pemain, pegawai dan persatuan begitu baik sekali. Kami seperti satu keluarga dan saya sayangkan Perak. Realitinya terpaksa pilih keluarga sendiri apabila perlu memilih antara dua.

“Saya doakan mereka berjaya menempuh kempen Liga Malaysia musim ini dengan gemilang,” kata Mehmet.

Sementara itu, Ahli Lembaga Pengarah Perak FC, Khai­rul Shahril Mohamed berkata, penamatan kontrak Mehmed dibuat atas persetujuan bersama pada 19 Februari lalu.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri itu, rundingan telah berjalan selama lebih satu minggu dan pe­ngurusan menghormati pendirian jurulatih tersebut.

Katanya, Mehmet akan digantikan oleh bekas pengarah teknikal Kuala Lumpur United, Chong Yee Fatt.

“Yee Fatt bukan asing kerana beliau adalah bekas pemain ­Perak serta pernah menjadi penolong jurulatih skuad Perak pada tahun 2011-2013 dan 2017 semasa zaman Karl Heinz Weigang. Dia akan memulakan tugasnya mulai esok (hari ini),” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI