fbpx

Pesawat United Airlines mendarat kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Video rakaman penumpang menunjukkan enjin pesawat itu sedang terbakar. - THE VERGE

DENVER, COLORADO – Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan United Airlines mendarat cemas selepas satu enjinnya rosak sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Denver hari ini.

Penerbangan UA328 yang dijadualkan terbang ke Honolulu berpatah balik ke lapangan terbang itu selepas juruterbang pesawat itu melakukan panggilan kecemasan ke pusat kawalan trafik.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan 231 penumpang dan 10 kakitangan pesawat itu, menurut laporan Pengurusan Penerbangan Awam Amerika Syarikat (FAA), demikian lapor portal The Verge.

Menerusi rakaman penumpang, enjin kanan pesawat itu terbakar dengan jelas dan mengeluarkan asap. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI