fbpx

Beri kebenaran Lembaga Pengelola Sekolah tadbir urus persekolahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zaliza Alias bercakap pada sidang akhbar pengusaha-pengusaha sekolah swasta dan sekolah antarabangsa di Malakat Mall, Cyberjaya di sini hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

CYBERJAYA – Gabungan Sekolah-Sekolah Swasta dan Antarabangsa Malaysia menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) memberi kebenaran kepada Lembaga Pengelola Sekolah untuk membuka operasi sekolah swasta agar sesi pembelajaran dapat dibuat secara bersemuka.

Koordinatornya, Zaliza Alias berkata, kebenaran itu dipohon bagi negeri-negeri yang berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Katanya, pembukaan sekolah swasta perlu dibenarkan mengikut budi bicara dan tanggungjawab Lembaga Pengelola Sekolah dengan mengambil kira peraturan ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), KPM dan Kementerian Kesihatan (KKM) tanpa terikat dengan jadual persekolahan sekolah kebangsaan.

“Oleh kerana sekolah swasta ini diuruskan secara langsung di bawah bidang kuasa Lembaga Pengelola masing-masing maka, mereka berupaya untuk mengurus cara terbaik membuka sekolah serta mengawal selia pelaksanaan SOP masing-masing.

“Sehubungan itu kami menggesa dengan tegasnya supaya kerajaan membenarkan sekolah swasta beroperasi secara bersemuka kecuali negeri atau kawasan yang dikenakan PKP,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar Pengusaha-pengusaha Sekolah Swasta dan Sekolah Antarabangsa Malaysia di Malakat Mall hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI