fbpx

Tertekan dibuang kerja lelaki bakar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memeriksa keadaan sebuah rumah yang musnah dalam kejadian kebakaran di Taman Setia, Kuala Krau di Temerloh semalam.

TEMERLOH – Dipercayai tertekan akibat dibuang kerja seorang bekas penyelia sebuah syarikat petroleum bertindak membakar rumahnya di Taman Setia, Kuala Krau semalam.

Kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu turut menyebabkan tiga buah rumah jirannya musnah dan sebuah lagi rumah rosak pada bahagian siling.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Yusri Othman berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kebakaran bermula di rumah lelaki berkenaan sebelum merebak ke empat buah rumah jiran.

“Berdasarkan maklumat pengadu menyatakan suaminya tiba-tiba keluar daripada bilik belakang memberitahu telah membakar bilik itu menggunakan minyak petrol sehingga terkena kakinya sendiri.

“Pengadu kemudiannya mendapati api di dalam bilik telah merebak dan mengambil dokumen penting sebelum menyelamatkan diri bersama anaknya,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Yusri tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu dan siasatan terhadap suspek dilakukan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, beliau berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati suspek pulang ke rumahnya di Taman Setia pada 11 Februari lalu untuk menziarahi anak dan isterinya.

Katanya, suspek yang berada dalam keadaan resah dan murung tidak memberitahu masalah menimpanya sehinggalah isterinya mendapat tahu suspek telah dibuang kerja.

“Suspek ditahan dan soal siasat awal mendapati suspek banyak berdiam diri dipercayai mengalami kemurungan tetapi tiada rekod rawatan mental melibatkan suspek,”ujarnya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI