fbpx
Sultan Nazrin ketika menyampaikan Ucaptama Diraja pada perasmian Forum Putrajaya di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa. - Foto oleh AMIR KHALID/KOSMO!

Konflik Asia Barat perlu diselesaikan dengan segera – Sultan Nazrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Konflik di Asia Barat perlu diselesaikan dengan segera bagi mengelakkan ancaman lebih serius kepada kestabilan ekonomi ASEAN dan global.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, ketegangan yang menjejaskan Selat Hormuz menggugat keselamatan ekonomi negara serantau, khususnya dalam aspek tenaga dan rantaian bekalan.

Menurut baginda, situasi itu menyebabkan peningkatan mendadak harga tenaga, baja dan kos pengangkutan yang akhirnya menekan harga makanan serta kos pengeluaran.

“Peningkatan ini memacu inflasi dan memberi tekanan kepada ekonomi rakyat serta industri,” titah baginda dalam Ucaptama Diraja sempena Forum Putrajaya ke-8 sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa, di sini hari ini.

Baginda turut memberi amaran bahawa negara yang mempunyai rizab tenaga rendah berdepan risiko lebih besar sekiranya gangguan berlarutan, malah kesannya boleh menjejaskan pendapatan rakyat untuk tempoh yang panjang.

“Justeru, adalah amat penting rundingan untuk menamatkan konflik Asia Barat diselesaikan dengan segera dan berjaya,” titah baginda.

Selat Hormuz merupakan laluan minyak paling kritikal di dunia, yang menghubungkan Teluk Parsi dengan Teluk Oman.

Kira-kira 20 hingga 30 peratus penggunaan minyak global melalui selat ini setiap hari, menjadikannya nadi penting kepada keselamatan tenaga dan ekonomi dunia.

Pada Jumaat lalu, Menteri Luar Iran menerusi memaklumkan laluan untuk semua kapal komersial melalui Selat Hormuz dibuka sepenuhnya sepanjang tempoh baki gencatan senjata, selaras dengan situasi di Lubnan.

Susulan itu, lebih 20 kapal berjaya melalui selat berkenaan pada Sabtu, jumlah tertinggi sejak 1 Mac, menurut data daripada MarineTraffic.

Bagaimanapun, Iran kemudiannya menguatkuasakan semula sekatan terhadap trafik maritim di laluan tersebut.

Dalam perkembangan sama, usaha ke arah perdamaian lebih berkekalan di rantau itu dilihat berdepan cabaran apabila Iran menyatakan tidak akan menyertai pusingan kedua rundingan yang dirancang oleh Amerika Syarikat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN