fbpx
Gambar yang dimuat naik oleh Hannah di laman Facebook.

Hannah gesa cari penyelesaian segera untuk Plaza Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keadaan bangunan Plaza Rakyat di Kuala Lumpur yang masih terbengkalai sejak era 1990-an terus menjadi perhatian apabila isu tersebut dikhuatiri menjejaskan imej bandar raya serta keselamatan warga kota.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menerusi satu hantaran di Facebook berkata, beliau telah turun padang bagi meninjau sendiri keadaan semasa tapak projek berkenaan yang sekian lama gagal disiapkan.

Menurutnya, keadaan tersebut bukan sahaja memberi kesan kepada imej Kuala Lumpur, malah menimbulkan persoalan mengenai aspek keselamatan dan keselesaan orang ramai.

“Keadaan seperti ini bukan sahaja memberi kesan kepada imej bandar raya tetapi turut menimbulkan persoalan tentang keselamatan dan keselesaan warga kota,” katanya.

Dalam pada itu, Hannah berkata, Kerajaan Madani kini sedang meneliti serta mengenal pasti penyelesaian terbaik bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menangani isu tersebut.

Katanya, usaha itu dilakukan bagi memastikan masalah berlarutan membabitkan projek berkenaan dapat diselesaikan demi kesejahteraan Kuala Lumpur dan rakyat.

“Kerajaan Madani sedang meneliti dan mengenal pasti solusi terbaik bersama DBKL agar isu ini dapat ditangani dengan sebaiknya demi kesejahteraan Kuala Lumpur dan rakyatnya,” ujarnya.

Untuk rekod, Plaza Rakyat merupakan projek pembangunan di Kuala Lumpur yang terbengkalai sejak krisis kewangan Asia 1997.

Ia asalnya dirancang sebagai kompleks guna campur dengan pejabat, hotel, kediaman, pusat beli-belah dan hab pengangkutan, tetapi hanya sebahagian seperti stesen LRT Plaza Rakyat yang benar-benar siap.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN