fbpx
Amir Hamzah (tengah) pada sidang akhbar selepas selesai Majlis Perasmian Bangunan Baharu PPKI di SK Tan Sri Awang Had Salleh, Pulau Betong, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD

Kerajaan utamakan kestabilan bekalan minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan mengambil pendekatan terbaik bagi memastikan bekalan minyak dalam negara mencukupi susulan krisis Asia Barat, ketika ini.

Menteri Kewangan ll, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, Malaysia masih berada dalam keadaan terkawal kerana dapat mengeluarkan bekalan minyak sendiri selain disokong syarikat petroleum negara, Petronas serta syarikat minyak lain.

Menurutnya, Malaysia juga mempunyai beberapa kelebihan dalam memastikan bekalan domestik tidak terjejas.

“Saya rasa yang penting kita kena melihat apa yang terjadi selepas peperangan yang berlaku di Timur Tengah. Di mana kita tahu Selat Hormuz adalah selat yang paling penting untuk pengeluaran lebih 20 peratus minyak dunia.

“Jadi, kita tahu di seluruh dunia pun memang ada kekangan daripada segi bekalan. Alhamdulillah… di Malaysia, sejak hampir tiga bulan konflik berlaku, tiada isu bekalan dalam negara.

“Malaysia ada beberapa kelebihanlah kerana kita juga mengeluarkan minyak di dalam negara,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas gesaan beberapa pihak termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan, peniaga dan Gabungan Kelab Media Malaysia supaya kuota subsidi bahan api di bawah program BUDI95 dikembalikan kepada 300 liter.

Jelas Hamzah lagi, ketiadaan bekalan minyak akan memberi impak besar kepada negara dan rakyat.

“Kalau tiada bekalan, masalah lain akan timbul. Kita tengok negara ini lebih baik daripada negara-negara lain.

“Kadang-kadang tempat lain tak cukup bekalan, stesen minyak tutup, kompeni-kompeni tak boleh berniaga yang itu jadi masalah besar.

“Sejak hampir 3 bulan dah. Tak ada isu apa-apa dari segi bekalan yang ada dalam negara. Jadi, Malaysia memang dah cukup bekalan kerana usaha yang dibuat oleh Petronas dengan syarikat-syarikat minyak lain,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN