fbpx
Anwar selepas berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama Mahasiswa India, di Universiti Malaya, hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/KOSMO! ONLINE

Mekanisme subsidi petrol T15, T20 dimuktamad tidak lama lagi – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan dijangka memuktamadkan mekanisme kesinambungan subsidi minyak melibatkan golongan berpendapatan tinggi termasuk kumpulan T15 dan T20 dalam masa terdekat susulan ketidaktentuan pasaran global akibat konflik berlarutan di Asia Barat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kertas cadangan berhubung pelan berkenaan telah dibentangkan beberapa bulan lalu oleh jawatankuasa yang diketuai Tan Sri Hassan Marican dan kini berada di peringkat akhir penelitian kerajaan.

Menurutnya, kerajaan telah mengadakan beberapa siri perbincangan berkaitan pelaksanaan subsidi bersasar membabitkan kumpulan T15 dan T20 sebelum keputusan dimuktamadkan.

“Ada atas kertas beberapa bulan lalu oleh jawatankuasa yang diketuai Tan Sri Hassan Marican.

“Kami sudah melalui dan mengadakan beberapa perbincangan berkaitan T20 atau T15. Kami sedang memuktamadkannya dan berharap dapat menyelesaikannya tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Bersama Mahasiswa India di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut mengulas mengenai pelan kesinambungan bekalan minyak negara yang dijangka diumumkan pertengahan bulan ini dengan mengambil kira perkembangan semasa pasaran tenaga global termasuk isu penutupan Selat Hormuz.

Katanya, kerajaan sedang meneliti langkah terbaik bagi memastikan kestabilan bekalan serta mengurangkan kesan ketidaktentuan pasaran global terhadap rakyat dan ekonomi negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN