PETALING JAYA – Misi pelumba Moto3 negara, Muhammad Hakim Danish Ramli untuk mencabar kedudukan podium tidak kesampaian selepas menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Catalunya di kedudukan ke-7, sebentar tadi.
Pada aksi di Litar Catalunya itu, Hakim Danish memulakan saingan di petak ke-10 melonjak ke kedudukan kelima pada selekoh pertama sebelum dipintas pelumba lain.
Pelumba pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSI berusia 18 tajun itu dilihat memilih pendekatan lebih selamat bagi memastikan mampu menamatkan aksi dan mengutip mata berharga.
Hakim menamatkan saingan dengan ketinggalan +0.623 saat (s) di belakang juara perlumbaan, Maximo Quiles dari pasukan CFMOTO Gaviota Aspar Team dengan mengutip sembilan mata.
Setakat ini, Danish sudah mengumpul 27 mata keseluruhan selepas enam perlumbaan bagi membolehkan dia berada di tangga ke-11 dalam carta kejuaraan Moto3 dunia. – KOSMO! ONLINE














