fbpx
Gambar hiasan. JANAAN AI

‘Kenapa layanan petugas Masjidil Haram kepada orang Malaysia sangat baik?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perkongsian seorang rakyat Malaysia mengenai layanan mesra diterimanya daripada petugas di Masjidil Haram ketika menunaikan ibadah umrah mencuri perhatian ramai di media sosial.

Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads oleh pengguna dikenali sebagai Mohamed Ridwan, dia meluahkan rasa hairan apabila sering menerima layanan baik daripada petugas sebaik sahaja mengetahui dirinya berasal dari Malaysia.

“Kenapa petugas Masjidil Haram ni baik dengan orang Malaysia? Atau kebetulan je dengan saya. Sebab dia tanya Malaysia? Lepas tu ‘Subhanallah’ katanya.

“Saya datang je terus bagi air. Siap tolong isikan lagi air zam-zam dalam botol saya,” tulisnya.

Perkongsian tersebut kemudian dibanjiri pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mendakwa mereka turut mengalami pengalaman sama ketika berada di Tanah Suci.

Seorang pengguna mendakwa rakyat Malaysia sering dipandang baik kerana sikap lemah lembut, berdisiplin dan mudah mengikut arahan sepanjang berada di sana.

“Sebab orang Malaysia ni baik dan paling lemah lembut dekat sana. Plus ikut arahan juga. Berbeza dengan orang-orang dari negara lain,” komen Yasif.

Selain itu, ada juga yang mendakwa jemaah Malaysia terkenal dengan sikap pemurah serta gemar bersedekah kepada petugas di Masjidil Haram dan Madinah.

“Orang Malaysia sampai kena puji dengan Imam Masjidil Haram sebab akhlak baik. Jemaah kita paling berdisiplin, lemah lembut dan tak buat kecoh,” tulis Dijah.

Seorang wanita pula berkongsi pengalamannya apabila petugas menawarkan air zam-zam kepadanya ketika sedang beratur.

“Sama juga pengalaman dengan saya. Beratur panjang. Tiba-tiba petugas tawarkan nak ambilkan air zam-zam. Dia cakap ‘Malaysia baik’. Saya terus ambil dan menangis sambil minum air zam-zam itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN