fbpx
DR WAN IMMI (kanan) memantau perkembangan Jaslinda yang dirawat di Hospital Tapah.

Jaslinda makin ceria lepas 2 minggu tidak bercakap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAPAH – Pendaki wanita yang ditemukan selamat semalam selepas dua minggu hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, menunjukkan perkembangan positif apabila dilaporkan semakin bertenaga dan ceria semasa menerima rawatan di Hospital Tapah di sini.

Pengarah Hospital Tapah, Dr. Wan Immi Salim berkata, keadaan wanita itu stabil walaupun mengalami beberapa kecederaan kerana berada terlalu lama di dalam hutan.

“Perkembangan kesihatan Jaslinda menunjukkan peningkatan ketara berbanding ketika mula dibawa ke hospital berkenaan. Mengikut kata-kata Jaslinda sendiri, dia gembira dapat melihat ramai orang yang bertanyakan khabar selepas dua minggu tidak bercakap dengan sesiapa.

“Jaslinda menerima rawatan sebaik tiba di hospital pada pukul 9.26 malam semalam dan masih memerlukan pemantauan serta pemeriksaan rapi,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, Jaslinda stabil tetapi mengalami beberapa kecederaan termasuk luka-luka pada badan serta kecederaan di bahagian kaki.

“Bagaimanapun, kecederaan tersebut tidak memerlukan pembedahan buat masa ini dan keadaan beliau masih terkawal. Tempoh rawatan diperlukan bergantung kepada perkembangan kesihatan Jaslinda dari semasa ke semasa.

“Kita tidak dapat menentukan tempoh perawatan secara tepat kerana ia bergantung kepada tahap pemulihan beliau setiap hari. Pasukan perubatan akan terus memantau keadaannya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN