fbpx
Keadaan motosikal yang dinaiki mangsa selepas terbabit nahas di jalan besar Palong 4,5,6, Jempol, malam semalam.

Buruh maut nahas, tak sempat makan malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JEMPOL – Seorang penunggang motosikal yang dalam perjalanan ke kedai makan maut selepas terbabit dalam kemalangan di jalan besar Palong 4, 5, 6, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Norhisham Mustapar berkata, ketika kejadian pada pukul 9 malam itu, mangsa yang berusia 47 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha Nouvo LC.

“Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa dari arah Palong 4, 5, 6 menghala ke Palong 7, 8. Setibanya di lokasi, tayar belakang motosikal itu pecah menyebabkan mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan terjatuh atas jalan.

“Mangsa yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya kepada pemberita hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN