fbpx
Dangi (depan) ketika tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, pagi tadi. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

Dangi dituduh bunuh rakan Nepal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga Nepal berdepan hukuman mati selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, di sini hari ini atas tuduhan membunuh rakan senegara di pekarangan kilang itik, bulan lalu.

Tertuduh, Dangi Chopilal, 24, mengangguk faham, namun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan yang dibacakan dalam bahasa Nepal di hadapan Majistret Nurul Rashidah Mohd. Akit.

Mengikut pertuduhan, lelaki asing itu didakwa membunuh Budha Bed Bahadur antara pukul 11 dan 11.30 malam di pekarangan kilang di Permatang Tinggi, Seberang Perai Tengah, di sini pada 22 Mac lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nur Amalina Harun, manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan dan menetapkan 16 Jun untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pekerja kilang direman selepas dipercayai membunuh rakan senegaranya. Dalam kejadian pukul 1.10 pagi itu, mangsa yang berusia 22 tahun parah ditikam sebelum meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dan suspek yang merupakan pekerja kilang sama dipercayai bertengkar di bilik asrama. Polis menahan suspek di kawasan asrama pekerja dan merampas pisau yang digunakan dalam kejadian itu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN