fbpx

Pemilik terkejut anjing lahirkan anak bermata satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anak anjing ini mati sehari selepas ia dilahirkan. - DAILY STAR

MANILA – Seorang pemilik anjing, Amie de Martin dari wilayah Aklan terkejut apabila haiwan peliharaannya itu melahirkan anak bermata satu baru-baru ini, lapor akhbar Daily Star.

Menerusi satu rakaman video, anak anjing bermata satu itu dilihat tidak mempunyai hidung manakala lidahnya keluar dari kiri dan kanan mulutnya.

Ia menghadapi kesukaran untuk meminum susu ibunya ekoran keadaannya itu, menyebabkan de Martin membantunya dengan memberinya susu formula.

De Martin kemudian membawanya berjumpa dengan veterinar bagi membantunya hidup namun anak anjing dinamakan Cyclops itu mati keesokan harinya kerana tidak mampu bernafas secara normal.

Menurut veterinar berkenaan, ibu Cyclops berkemungkinan memakan toksin ketika ia sedang bunting, sekali gus menyebabkan kecacatan tersebut.

“Veterinar memberitahu ibu Cyclops mungkin makan sesuatu yang beracun, tetapi mungkin juga ada sebab lain memandangkan ia sudah tua,” katanya.

Keadaan yang menimpa anak anjing tersebut Cyclopia yang biasa berlaku pada haiwan mamalia dan lain-lain.

Ia mungkin berpunca daripada penyakit genetik atau toksin yang menyebabkan kecacatan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI