fbpx

[VIDEO] Ibu kandung, bapa tiri ‘Adik’ berdepan hukuman gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kedua-duanya berdepan hukuman gantung jika disabitkan kesalahan.

MELAKA – Ibu kandung dan bapa tiri kepada kanak-kanak yang maut selepas dipercayai didera dalam kejadian di Taman Krubong Jaya, bulan lalu berdepan dengan hukuman mati mandatori selepas didakwa atas pertuduhan membunuh di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh, Mohd. Fadzli Abdull Razak, 38, dan Zuraida Atan, 32, sebaik sehaja pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki, Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek berusia tujuh tahun.

Tindakan itu dilakukan tertuduh pada pukul 3.32 petang di sebuah rumah di Jalan KJ 19, Taman Krubong Jaya, pada 29 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI