fbpx

Pemandu akibatkan kemalangan akan dipanggil beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan seorang penunggang motosikal merempuh sebuah kereta yang membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat Taman Bersatu, Rawang semalam.

PETALING JAYA – Polis berjaya mengesan pemandu kereta Proton Persona yang membuat pusingan U secara tiba-tiba di persimpangan lampu isyarat Taman Bersatu, Rawang hingga menyebabkan seorang penunggang motosikal parah, semalam.

Terdahulu tular video berdurasi 21 saat di media sosial Facebook memaparkan sebuah motosikal merempuh sebuah kereta yang secara tiba-tiba membuat pusingan U di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, wanita berusia 35 tahun itu akan dipanggil untuk memberi keterangan secepat mungkin bagi membantu siasatan.

Katanya, mana-mana kenderaan tidak dibenarkan membuat pusingan U di persimpangan tersebut yang jelas menjadi satu kesalahan.

Mengulas berkenaan kejadian itu, ujar beliau, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang apabila penunggang motosikal jenis SYM datang dari arah pekan Rawang menghala ke rumahnya di Taman Tun Teja.

“Setibanya di tempat kejadian, secara tiba-tiba sebuah kereta jenis Proton Persona dari arah bertentangan telah membuat pusingan U.

“Tindakan itu menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan itu di bahagian hadapan kiri,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Ekoran rempuhan itu, mangsa yang berusia 23 tahun patah kaki kanan serta tangan kiri dan dikejarkan ke Hospital Selayang untuk rawatan susulan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI