fbpx
Uosp dan anaknya dalam satu majlis bersama Zulkifli hari ini. Foto FACEBOOK MINYAK HITAM JALANAN

Usop minyak hitam jalanan dapat hadiah pergi umrah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Mekanik dikenali sebagai Abang Minyak Hitam Jalanan serta membantu seorang lelaki Cina berada dalam kesusahan baru-baru ini, menerima hadiah tajaan menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci daripada sebuah syarikat televisyen.

Hadiah berkenaan diterima mekanik tersebut atau mesra dipanggil Usop menerusi satu majlis disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

Usop atau nama sebenarnya Mohd. Yusof Mohamed Noor berkata, dia menerima jemputan daripada syarikat televisyen tersebut untuk menghadiri satu majlis hari ini, lebih-lebih lagi ibunya suka menonton rancangan siaran mereka.

“Aku datang memang tak berharap apa-apa langsung. Tahun lepas aku cakap dengan isteri aku, ‘mama nanti bisnes kita dah maju, abang nak bagi mak pergi umrah, kita simpan sikit-sikit duit nanti’.

“Aku pun sampai duduk makan apa semua, datang bos besar (syarikat televisyen) sebelah aku. Dia cakap dengan aku, ‘Usop awak pernah pergi umrah ke haji ke? Saya tak pernah lagi tuan’,” katanya pada hantaran Facebook hari ini.

Usop berkata, selepas makan, namanya dipanggil lagi untuk naik ke pentas.

“Rupa-rupanya menteri agama dan bos besar bagi tiket untuk pegi umrah. Allahuakbar, alhamdulillah rezeki. Aku terus WhatsApp mak bagi tahu dia.

“Mak Usop nak mak pergi umrah. Alhamdulillah, sebelum ni ada niat untuk mak, alhamdulillah ni rezeki mak. Rezeki milik Allah,” katanya.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, seorang pemuda Cina dikenali sebagai Dicky tidak dapat menahan sebak selepas menerima bantuan membaiki motosikalnya tanpa dikenakan sebarang bayaran dalam satu kejadian dikongsikan pada TikTok Minyak Hitam Jalanan.

Sebaik kerja pembaikan selesai, Usop mendapati Dicky hanya mempunyai wang yang cukup-cukup untuk kegunaannya sendiri.

Tersentuh dengan situasi itu, dia tidak mengenakan sebarang bayaran dan menggunakan wang infak bagi menampung kos pembaikan tersebut.

Selain Dicky, Usop juga sudah beberapa tular di media sosial sebelum ini apabila dia membantu ramai penunggang motosikal tanpa mengenakan sebarang bayaran dan ia ditanggung menerusi wang infak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN