fbpx
Seorang pemandu maut selepas terlibat kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 407.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, Isnin lalu.

Peniaga maut tercampak selepas kereta hilang kawalan langgar lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HULU SELANGOR – Polis meminta saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan kemalangan maut melibatkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 407.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, awal pagi Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.25 pagi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku sekitar pukul 2 pagi apabila sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu lelaki tempatan berusia 21 tahun hilang kawalan sebelum terbabas melanggar penghadang besi di sebelah kiri jalan.

“Kenderaan tersebut kemudian melanggar bahagian kiri sebuah lori jenis Volvo yang dipandu lelaki berusia 37 tahun dari arah Bukit Beruntung menghala ke Tapah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, akibat pelanggaran itu, pemandu yang juga merupakan seorang peniaga tercampak ke tengah jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” ujarnya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Khairul Salleh Abdull Rahman di talian 03-6064 1222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN