fbpx

PGA rampas mercun, arak dan rokok seludup bernilai RM733,434

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dimin (kiri) menunjukkan mercun yang dirampas dalam dua serbuan di Kluang, Johor semalam.

KLUANG – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), merampas sejumlah mercun, arak dan rokok seludup yang dianggarkan bernilai RM733,434 dalam dua serbuan berasingan di sini semalam.

Dalam serbuan bermula 4.50 petang itu, dua lelaki tempatan berusia 49 dan 35 tahun ditahan di rumah sewa beralamat di Jalan Nipah dan Jalan Ara Kampung Dato Abdul Rahman Yassin di sini.

Menurut Pegawai Pemerintah Dimin Awang, adalah rampasan terbesar pada tahun ini dan dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran di daerah ini dan Johor Bahru.

“Sepasukan polis dari Batalion 5 PGA menahan dua lelaki dan merampas 547 kotak mengandungi mercun pelbagai jenis, 556 karton rokok dan 81 karton arak pelbagai jenama tiada cukai kastam.

“ Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM733,434.00 termasuk wang tunai dan sebuah Perodua Alza.

“Tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut,” katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) dan Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967.

“Saya menyeru kepada orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI