fbpx
Penguat kuasa KPDN Perak memeriksa barangan rampasan dalam serbuan di Kg. Ayer Puteh di Simpang, Taiping semalam. - Foto KPDN PERAK

KPDN Perak rampas diesel disimpan secara haram di Simpang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TAIPING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak merampas 4,500 liter diesel yang disimpan tanpa lesen di Kg. Ayer Puteh di Simpang di sini semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, diesel berkenaan dirampas menerusi satu operasi yang dilaksanakan pihaknya dari cawangan Taiping pada pukul 6.30 pagi di lokasi tersebut.

“Serbuan ini dijalankan hasil risikan berhubung kegiatan penyelewengan minyak diesel dipercayai diperoleh dari pemandu-pemandu lori syarikat pengangkutan yang tidak amanah.

“Hasil pemantauan selama seminggu telah membawa kepada pengenalpastian sebuah lori kargo tiga tan jenis Nissan yang disyaki digunakan dalam kegiatan ini,” katanya di sini hari ini.

Kamalludin berkata, siasatan mendapati kenderaan tersebut telah diubah suai dengan pemasangan tangki tambahan berkapasiti kira-kira 4,500 liter yang diletakkan di bahagian muatan bagi tujuan mengumpul diesel.

Katanya, sindiket itu dipercayai beroperasi pada waktu lewat pagi bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Modus operandi mereka melibatkan pembelian dan pemindahan minyak diesel ke dalam tangki yang telah diubah suai.

“Dalam operasi ini, seorang lelaki tempatan berumur 36 tahun yang merupakan pemilik stor telah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, lelaki tersebut juga gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran daripada Pengawal Bekalan Malaysia bagi urusan melibatkan barang kawalan.

“Satu tindakan kes telah dibuat dengan menyita 3,200 liter cecair disyaki minyak diesel, sebuah lori tiga tan jenis Nissan, dua unit tangki IBC, tiga unit pam beserta hos, 15 unit jerry can, 18 unit tong drum, satu unit tangki fiber serta dokumen-dokumen berkaitan.

“Nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM102,909. Kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN