fbpx

Tiada lesen, Bubblebee Shuib di Kuantan kena tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHUIB dan Sarah di hadapan sebuah cawangan kedai Bubblebee milik mereka.

PETALING JAYA – Cawangan terbaharu kedai minuman BubbleBee di Jalan Beserah, Kuantan, Pahang milik selebriti terkenal, Shuib terpaksa ditutup oleh pihak berkuasa hari ini susulan tiada lesen perniagaan dan kad kesihatan.

Perkara tersebut tular selepas Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) memuat naik satu hantaran dalam Facebook yang memaklumkan kedai minuman BubbleBee ditutup kerana beroperasi tanpa lesen.

“Penutupan kedai minuman Bubblebee di Jalan Beserah kerana beroperasi tanpa lesen premis perniagaan.

“Selain dari tiada lesen perniagaan, pengendali makanan juga tidak mempunyai kad kesihatan,” tulis MPK dalam entri tersebut.

Meninjau ruangan komen, seorang individu bernama Kamarul Deqwa yang mendakwa dia merupakan salah seorang staf bahagian pengurusan jenama berkenaan turut mengesahkan perkara tersebut.

Perkongsian daripada Facebook Majlis Perbandaran Kuantan tentang penutupan kedai Bubblebee di Jalan Beserah, Kuantan.

“Saya selaku bahagian Pengurusan BubbleBee memohon maaf diatas kesulitan yang berlaku.
“Masalah yang terjadi adalah kerana setiap dokumen yang diserah selesai kepada runner perlesenan tidak dihantar ke bahagian perlesenan MPK.

“Insya-Allah kami akan buka dalam masa terdekat selepas selesai urusan perlesenan. Harap maaf dengan segala kesulitan,” tulisnya dalam ruangan komen.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada kenyataan rasmi daripada pihak Shuib berkaitan isu berkenaan.

Difahamkan, cawangan di Jalan Beserah itu baru sahaja dilancarkan semalam dengan sebuah lagi cawangan yang terletak di Terminal Sentral Kuantan.

Sehingga hari ini, kedai minuman berasaskan madu tersebut sudah mempunyai lebih 27 cawangan di seluruh Malaysia. -K ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI