fbpx

Shalin mahu buru gelaran PWBA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHALIN bertekad untuk memburu gelaran PWBA di AS pada Julai depan bagi mencari penutup terbaik kariernya.

RATU boling negara, Shalin Zulkifli yang mengumumkan persaraan pada Selasa lalu bertekad untuk memburu gelaran Kejohanan Boling Profesional Wanita (PWBA) di Amerika Syarikat (AS) pada Julai depan bagi mencari penutup terbaik kariernya.

Atlet berusia 42 tahun itu yang mengumpul 74 pingat sepanjang penglibatannya selama 28 tahun di peringkat antarabangsa me­ngakui masih belum berjaya menawan PWBA.

Justeru, Shalin berharap mampu melakukannya pada tahun ini meskipun sedar kejohanan tersebut bakal ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

“Impian saya adalah meraih gelaran PWBA kerana ia merupakan cita-cita sejak kecil lagi. Sejak kecil saya lihat hanya pemain boling Eropah sahaja menjuarai saingan tersebut.

“Pelbagai pingat saya peroleh antaranya Sukan Asia, Sukan SEA mahupun Sukan Komanwel. Kejohanan PWBA merupakan antara pingat yang saya masih belum mampu capai lagi.

“Rekod terbaik saya adalah tempat kedua dan saya harap mampu meraih gelaran tersebut tahun ini.

“Bulan April nanti saya akan ke sana dan saya harap semua kembali reda mengenai Co­vid-19,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Jalil semalam.

Karier boling Shalin bermula ketika usia sembilan tahun dan 1994, dia memenangi Kejohanan Wanita Kent Malaysian All-Stars 1994 dengan muncul pemain termuda serta pemain Malaysia pertama melakukannya.

Antara rekod Shalin adalah merangkul pelbagai gelaran sama ada di peringkat kebangsaan, Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel mahupun dunia. Dia juga dinobatkan sebagai Olahragawati Kebangsaan sebanyak lima kali iaitu pada 1994, 1996, 1997, 2001 dan 2002.

Bekas pemain nombor satu Asia itu turut meraih pingat emas Kejohanan Dunia sebanyak tiga kali iaitu pada 2003 di Malaysia, 2007 di Mexico dan 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI