fbpx

Trafik perlahan di Jalan Sultan Ismail akibat air bertakung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Air bertakung di Jalan Sultan Ismail akibat hujan lebat.

PETALING JAYA – Trafik perlahan di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur susulan air bertakung akibat hujan lebat petang tadi.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi satu ciapan Twitter di ITIS DBKL, memaklumkan takungan air itu menyebakan penghadang plastik yang digunakan bagi kerja-kerja pembinaan turut terapung di hadapan laluan Hotel Sheraton.

Difahamkan, air bertakung di kawasan tersebut susulan hujan lebat di ibu negara bermula pukul 4.10 petang tadi.

Bagaimanapun, pekerja pembinaan di lokasi kejadian dikatakan sedang menyusun semula penghadang plastik tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI