fbpx
Antara motosikal yang diangkut dan dibawa ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. - FOTO DBKL

8 motosikal disita, dikompaun parkir sesuka hati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sebanyak lapan motosikal disita oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana diletakkan di laluan pejalan kaki serta kawasan awam sehingga menghalang pengguna di hadapan NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, semalam.

DBKL dalam kenyataan memaklumkan, operasi Tindakan Khas Lalulintas Angkut Siri 11/2026 itu turut menyasarkan kenderaan persendirian yang diparkir di lokasi tidak dibenarkan termasuk di laluan pejalan kaki dan kawasan awam.

Menurutnya, kesemua lapan motosikal berkenaan dibawa ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL di Jalan Pahang untuk tindakan lanjut termasuk pengeluaran notis kompaun serta penyimpanan sementara sebelum boleh dituntut semula oleh pemiliknya.

“DBKL turut mengeluarkan lapan notis kompaun atas pelbagai kesalahan lalu lintas sepanjang operasi dijalankan.

“Kesemua tindakan diambil mengikut Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Orang ramai yang mempunyai aduan atau maklum balas berkaitan boleh mengemukakannya menerusi sistem aduan DBKL. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN