fbpx

Hong Jin-young mengakui plagiat tesis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HONG JIN-YOUNG

SELEPAS menimbulkan pertikaian beberapa bulan lalu, akhirnya penyanyi Hong Jin-young membuat pengakuan dia sememangnya melakukan plagiat untuk projek tesis seperti didakwa Universiti Chosun.

Terdahulu pada November lalu, Jin-young dipercayai memplagiat tesis sebanyak 74 peratus seperti yang disemak menerusi laman web Copy Killer. Bagaimanapun dia menafikan dakwaan tersebut.

Pada 15 Disember lalu, Jawatankuasa Kajian Intergriti universiti tersebut menghantar tentatif penilain terhadap keaslian penulisan tesis Jin-young.

Dia diberi masa sehingga 5 petang 18 Disember untuk menghantar notis tunjuk sebab. Jawatankuasa berkenaan akan membuat penilaian akhir sama ada akan membawa isu plagiat berkenaan pada mesyuarat yang akan diadakan pada 23 Disember atau tidak.

Jika didapati bersalah, kedua-dua ijazah sarjana dan kedoktoran Jin-young akan dibatalkan serta-merta.

Menyedari perkara berkenaan tidak lagi dapat disembunyikan, Jin-young menerusi Instagramnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesalahan yang dilakukannya.

“Segalanya sudah terlambat tetapi saya tetap mahu minta maaf. Dahulu, saya bimbang kalau mengaku salah, tidak akan dapat beraksi di atas pentas selepas ini. Sebab itu saya mempertahankan diri dengan mengaku tidak bersalah.

“Saya menerima keputusan akhir Universiti Chosun dan mengaku salah. Saya tidak menghormati semua yang bekerja keras siang malam menyiapkan tesis mereka. Saya minta maaf,” tulisnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI