fbpx

Ayah Yuku meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BAPA kepada seorang anggota kumpulan DKB, Yuku dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada 12 Disember lalu.

Berita duka berkenaan dimaklumkan agensi penyanyi itu, Brave Entertainment dalam satu kenyataan dengan memberitahu mendiang bapa Yuku meninggal dunia akibat penyakit kronik.

Selepas menerima berita kematian bapanya, Yuku telah pulang ke Jepun pada 13 Disember lalu untuk bersama keluarganya.

Yuku yang lahir di Jepun merupakan anggota kumpulan DKB yang memulakan debut pada Februari lalu menerusi pelancaran album mini perdana berjudul Youth.

Buat masa ini, dia berehat seketika daripada sebarang aktiviti promosi DKB yang kini dalam rangka promosi untuk album mini ketiga mereka berjudul Growth, termasuklah persembahan acara muzik dan sesi bertemu peminat secara maya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI