fbpx

Yeo One jalani kuarantin kendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
YEO ONE

SYARIKAT rakaman, Cube Entertainment baru-baru ini mengeluarkan satu kenyataan media berhubung keputusan ujian Covid-19 anggota kumpulan Pentagon.

Kenyataan tersebut sebagai penjelasan mengenai seorang daripada anggota Pentagon, Yeo One yang baru baru pulang dari luar negara atas urusan kerja.

Biarpun disahkan negatif Covid-19, Yeo One tetap menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari hingga 11 Disember nanti.

Pada masa sama, anggota Pentagon yang lain juga turut menjalani ujian calitan sebagai langkah berjaga-jaga dan hasilnya semua negatif.

Sebelum ini, Cube Entertainment mengumumkan penangguhan semua aktiviti Pentagon akibat Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI