fbpx
IMEJ UFO yang dirakam di langit Asia Barat pada tahun 2013. – AGENSI

Pentagon dedah penampakan UFO menyerupai ‘malaikat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – White House menyiarkan rakaman kemunculan objek terbang tidak dikenali (UFO) yang dikatakan oleh seorang wakil rakyat Amerika Syarikat(AS) sebagai menyerupai ‘malaikat’, lapor akhbar , Metro.co semalam.

Klip video berdurasi satu minit 46 saat itu menunjukkan fenomena UFO pada 1 Januari 2013.

Hampir berbentuk seperti kompas nautika, objek berbucu lapan itu terapung di ruang udara  sebuah platform ketenteraan AS di  rantau  Asia Barat.

Rakaman dinamakan DOW-UAP-PR38 2013 itu adalah sebahagian daripada fail UFO  baharu dan tidak pernah dilihat sebelum ini yang didedahkan oleh Pentagon pada Jumaat lalu.

Pegawai-pegawai pertahanan menggelar kejadian aneh itu sebagai ‘kawasan kontras’ yang dirakam oleh kamera  inframerah, menghasilkan imej haba dalam warna hitam dan putih.

Tiada keterangan lisan atau bertulis mengenai kejadian tersebut.

Wakil rakyat AS,  Anna Paulina Luna bagaimanapun berkata, UFO itu menyerupai imej ‘malaikat’ yang diceritakan dalam kitab injil. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN