OBJEK terbang tidak dikenali ini dirakam di ruang udara Anchorage, negeri Alaska pada tahun ini. – SARA JANE OSBORN

Netizen gempar kemunculan UFO miliki tentakel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ANCHORAGE, Alaska – Satu rakaman video menunjukkan objek terbang tidak dikenali(UFO) kelihatan seperti ubur-ubur dengan lanjutan seperti sesungut sedang menarik perhatian orang ramai di media sosial, lapor laman berita NDTV semalam.

Video tersebut dirakam oleh Sara Jane Osborn di ruang udara Anchorage, Alaska.

Osborn memberitahu beberapa  agensi berita bahawa dia merakam video  itu pada Jun tahun ini semasa mengambil gambar pelangi yang muncul di kawasan berkenaan.

Video tersebut mencetuskan perdebatan di media sosial, dengan sesetengah netizen mendakwa ia adalah UFO, manakala yang lain mengatakan ia sejenis wau atau layang-layang yang biasa diterbangkan di kawasan itu.

Rakamannya menarik perhatian secara dalam talian kerana objek berkenaan bergerak menuju ke arah Pangkalan Bersama Elmendorf-Richardson (JBER) iaitu  sebuah kemudahan tentera Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, lokasi tepatnya dan sebarang kaitannya dengan aktiviti ketenteraan masih belum disahkan.

Osborn berkata,  dia dan suaminya sedang memandu di laluan Sixth Avenue, Anchorage dan dia mula mengambil gambar pelangi.

Melihat kesungguhannya, suaminya meletakkan kenderaan di kawasan lapang untuk membolehkan Osborn merakam gambar.

Bagaimanapun, kemunculan objek ganjil itu menarik perhatiannya. Pada mulanya, Osborn menyangka ia seekor nyamuk tetapi apabila melihat telefon bimbitnya dengan teliti, objek itu berada di lokasi agak jauh dan mempunyai warna perak bercampur hitam.

Wanita itu juga mendakwa bahawa sesungut objek terbang itu bergerak menggeliang-geliut. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN