PETALING JAYA – “Setiap bulan mesti ada yang datang mengacau”.
Demikian luahan seorang penduduk di Puncak Alam, Selangor di aplikasi Threads berkenaan gangguan mistik yang dialami keluarganya.
Lebih membimbangkan kata Individu yang dikenali sebagai _Bajilah, ‘makhluk’ tersebut sering dilihat oleh anaknya.
“Benci duduk Puncak Alam ni, setiap bulan ada je yang mengacau. Anak tadi nak tidur dia buka-buka mata melilau kiri kanan.
“Lepas tu tunjuk tu tu tuuu belakang kita dah la memang perasan ada kelibat. Buka lampu tunjuk bergerak tempat lain pula,” kongsi individu tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna turut berkongsi kisah sama yang dialami keluarga mereka sebelum ini.
“Tengah masak untuk makan malam anak tanya “hi nenek, nenek nak pergi mana tu”,” tulis Qstnaliah.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Najja_amiraa.
“Anak saya pun selalu tunjuk tunjuk kalau dia nampak kat rumah, kadang dia tenung je benda tu.
“Saya pesan je kat anak saya, cakap kat dia pergi ! jangan kacau , aku tak kacau kau, pastu bacakan tiga Qul kat anak,” nasihatnya. – KOSMO! ONLINE
















