fbpx
BANDAR Utqiagvik mengalami waktu siang sehingga 2 Ogos ini. – AGENSI

84 hari malam tidak muncul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

UTQIAGVIK, Alaska – Matahari terbit di Utqiagvik yang merupakan bandar paling utara di Amerika Syarikat, Sabtu lepas dan tidak akan terbenam sehingga pukul 2.57 pagi(waktu tempatan) pada 2 Ogos ini, lapor saluran berita USA Today

Ini bermakna bandar di negeri Alaska itu akan mengalami waktu siang selama hampir 3 bulan.

Sebaik tempoh 84 hari tersebut berakhir, Utqiagvik tidak akan segera menjadi gelap kerana matahari tidak akan terbenam sepenuhnya.

Sebaliknya, matahari akan berada hampir di ufuk, menjadikan waktu malam sebenar tidak kelihatan. Keadaan bandar itu adalah seperti waktu senja, demikian menurut laman kaji cuaca AccuWeather.

Waktu malam hari sebenar hanya muncul pada 21 September ini, hampir dua bulan selepas kali terakhir  matahari terbenam.

“Disebabkan lokasi bandar ini di Artik, ia mengalami ‘perubahan dramatik’ melibatkan waktu siang untuk sepanjang tahun, kata AccuWeather.

Pada musim panas, Utqiagvik menyaksikan siang hari berterusan selama beberapa bulan dan kegelapan berminggu-minggu semasa musim sejuk. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN