fbpx

10 pengundi Parlimen Gombak saman Azmin Ali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 10 pengundi berdaftar kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap ahli parlimen mereka Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwa menipu dan melanggar tanggungjawab fidusiari sehingga menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang pada Februari lalu melalui ‘Langkah Sheraton’.

Kesemua 10 pengundi itu selaku plaintif berusia antara 36 hingga 64 tahun memfailkan saman itu melalui Tetuan Yohendra Nadarajan di Mahkamah Tingggi di sini pada 27 November lalu dengan menamakan Mohamed Azmin, 56, sebagai defendan tunggal.

Melalui semakan mahkamah, pengurus kes seterusnya ditetapkan pada Jumaat ini di hadapan Timbalan Pendaftaran Mahkamah Tinggi Maslinda Selamat.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif berkata Mohamed Azmin adalah pemegang amanah terhadap kawasan parlimennya termasuk 10 plaintif itu.

Bagaimanapun mereka mendakwa, Mohamed Azmin yang kini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri melanggar kewajipan fidusiari selain memungkiri representasi yang dibuat terhadap mereka.

Plaintif-plaintif mendakwa, mereka telah bergantung kepada representasi-representasi tersebut dan mengundi defendan dalam Pilihan Raya (PRU) ke-14. Mereka melaksanakan hak perlembagaan di bawah di bawah Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan dalam bergantung kepada representasi tersebut.

Representasi yang dibuat Mohamed Azmin itu adalah dengan menawarkan diri untuk bertanding atas suatu platform bagi menyingkirkan kerajaan pada ketika itu iaitu Barisan Nasional (BN) dan pegawai awam yang korup.

Menurut pengundi terbabit, Mohamed Azmin mengetahui bahawa representasi yang diberikannya itu adalah palsu dan beliau hanya mahu mendapatkan undi serta tidak berusaha untuk memenuhinya.

Plaintif mendakwa, hak untuk mengundi yang dijamin di bawah Perkara 119(1) Perlembagaan Persekutuan adalah hak perlembagaan dimana mereka sudah melaksanakan hak itu dengan merujuk kepada representasi yang dikemukakan calon ketika proses pilihan raya.

Dakwa plaintif lagi, defendan terikat kepada representasi yang dibuat olehnya dan manifesto PH yang digunakan untuk bertanding, oleh itu beliau tidak boleh bertukar sepenuhnya dengan menyertai kerajaan (sekarang) dengan ahli gabungan BN yang dikutuk dengan keras ketiak bertanding dahulu.

“Dengan memungkiri representasi berkenaan, defendan melanggar hak perlembagaan kami terutamanya prinsip demokrasi berparlimen dan demokrasi perwakilan yang membentuk sebahagian struktur asas perlembagaan,” kata mereka.

Justeru kesemua plaintif, memohon satu deklarasi bahawa defendan telah melanggar kewajipan fidusiarinya dan tugas-tugas yang terhutang kepada plaintif selain melakukan penipuan terhadap mereka.

Selain deklarasi berkenaan, plaintif juga menuntut ganti rugi termasuk ganti rugi keterlaluan dan teladan, kos dan perintah lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI