fbpx
POGBA mengalami masalah kecederaan buku lali ketika beraksi bersama Perancis dan masih belum pulih. – AFP

Pogba masih terus dihimpit kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER – Kecederaan buku lali terus menghantui pemain tengah Manchester United, Paul Pogba apabila dia dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya.

Justeru, pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer mengesahkan pemain antarabangsa Perancis itu akan terus diketepikan menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Southampton di Stadium St. Mary malam ini.

Termasuk aksi menentang Southampton, ini adalah perlawanan ketiga berturut-turut yang menyaksikan United turun tanpa kelibat Pogba termasuk aksi menentang West Bromwich Albion dan Istanbul Basaksehir.

“Buat masa ini, Paul (Pogba) dan Scott (McTominay) masih belum menjalani latihan bersama pasukan, jadi kemungkinan besar mereka tidak akan bermain minggu ini.

“Sementara itu, Marcus (Rashford), Victor (Lindelof) dan Aaron (Wan-Bissaka) juga masih belum cergas 100 peratus walaupun sudah menyertai sesi latihan,” kata legenda United itu.

Sementara itu, Solskjaer menggesa anak-anak buahnya menampilkan aksi terbaik, sama seperti ketika mereka mencatat empat kemenangan berturut-turut sebelum ini.

“Sudah tentu saya mahu pa­sukan kekalkan rentak kemena­ngan, namun kami tahu apa yang mampu dilakukan Southampton. Bagaimanapun, saya yakin kerana kami memiliki rekod yang agak baik di tempat lawan,” ujarnya.
– AGENSI

POPULAR

BERITA BERKAITAN