fbpx

Pekerja kilang ditemui mati dikelar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

Oleh Oleh MOHD. SHAHRULANOOR ISHAK

KUANTAN – Pekerja kilang papan warga negara Indonesia ditemui mati dengan kesan kelar di leher ketika kejadian di Mentakab, Temerloh dekat sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemui orang awam di kawasan ladang kelapa sawit dekat Jalan Karak pada pukul 8.40 pagi tadi.

“Selain itu, motosikal si mati dijumpai dibuang (disorok) di dalam lubang di ladang sawit berkenaan,” tambah beliau melalui kenyataan kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau menambah, siasatan awal telah membawa kepada tangkapan seorang lelaki warga negara sama berusia 43 tahun.

Ujarnya lagi, polis juga masih menyiasat pertalian antara mangsa dengan suspek yang membawa kepada kejadian pembunuhan tersebut.

“Motif pembunuhan masih disiasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI