fbpx

Pencemar air musuh pertama Amirudin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan LRK IWK yang tercemar akibat buangan sisa industri daripada lurang kumbahan sebuah premis berdekatan sebelum mengalir ke Sungai Selangor, sebelum ini. - Foto ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Pencemar sumber air di Selangor dianggap sebagai musuh pertama bagi kerajaan negeri yang harus diperangi secara berterusan.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya tidak akan tunduk kepada musuh itu sebaliknya terus melawan dengan meningkatkan usaha pemantauan dengan bantuan Polis Diraja Malaysia bagi mencegah insiden sama berulang kembali.

“Sekarang ini, mereka (pencemar sumber air) adalah musuh saya yang pertama yang harus dilawan secara berterusan, mungkin mereka fikir cara kotor itu boleh melunturkan imej kerajaan negeri.

“Saya percaya ini usaha berterusan pihak berkenaan untuk menyerang pentadbiran kerajaan negeri termasuk cubaan memberikan imej buruk kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program pembangunan Usahawan India Selangor (SITHAM) anjuran Yayasan Hijrah Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hasil perbincangan dalam Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan semalam.

Amirudin turut menegaskan pihaknya akan mempertingkatkan kawalan menerusi penggunaan dron bagi memantau perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

“Teknologi lain yang mungkin dapat diguna pakai adalah dengan menyekat air tercemar di sungai dan menyalurkan bekalan menggunakan beberapa kolam takungan lain atau menerusi Projek Hybrid Off River Augmentation Storage (HORAS).

“Langkah ini dapat menangani pencemaran secara menyeluruh dalam tempoh 15 hingga 18 bulan apabila kita melaksanakannya nanti menerusi peruntukkan RM200 juta,” katanya.

Terdahulu, empat Loji Rawatan Air (LRA) iaitu Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2, SSP3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran bau bahan pelarut yang dikesan di Sungai Selangor.

Hasil siasatan mendapati, pencemaran itu dilepaskan daripada lurang kumbahan oleh premis penstoran bahan buangan yang mengalir ke Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Indah Water Konsortium (IWK), Taman Velox, Rawang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI