fbpx
Tangkap layar klip video memaparkan sisa air dipercayai sisa domestik yang didakwa dilepaskan ke dalam laut oleh pengusaha sebuah hotel di Pulau Perhentian, Besut.

Buang air sisa domestik ke laut, JAS siasat hotel Pulau Perhentian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu telah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) agar menyiasat dakwaan sebuah hotel di Pulau Perhentian, Besut dekat sini membuang air dipercayai sisa domestik secara langsung ke dalam laut.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, siasatan terperinci sedang dilakukan agensi tersebut.

“Saya hanya mengetahuinya selepas melihat klip video mengenainya yang dikongsi di media sosial. Makluman awal pihak terlibat menjelaskan kerja-kerja membaik pulih dan penambahbaikan sistem (pembuangan air sisa domestik) sedang giat dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Razali berkata, biarpun apa alasannya, kerajaan negeri Terengganu tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran mencemarkan alam sekitar khususnya di lokasi tumpuan pelancong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN