fbpx

Penunggang motosikal cedera bertembung kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan motosikal yang remuk dalam kemalangan di Jalan Dengkil/Banting di sini, semalam.

DENGKIL – Seorang penunggang motosikal mengalami kecederaan pada kepala dan badan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah kenderaan di Jalan Dengkil/Banting di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengahari itu, motosikal jenis Yamaha yang ditunggang mangsa, Ahmad Ikram Omar 24, mengalami kerosakan teruk selepas bertembung dengan kenderaan jenis Proton Saga yang dipandu seorang warga emas.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, sebelum kemalangan berlaku, kenderaan yang dipandu Lee Boon Pin @ Ong Tee berusia 82 tahun itu datang dari arah Banting menuju ke Dengkil.

“Sampai di lokasi kemalangan Jalan Dengkil/Banting, pemandu kereta telah masuk ke lorong bertentangan untuk memotong kenderaan yang berada di hadapannya.

“Bagaimanapun, secara tiba-tiba mangsa yang menunggang motosikal datang dari arah bertentangan telah bertembung dengan kereta yang dipandu oleh warga emas terbabit.

” Mangsa yang tidak dapat mengawal motosikal yang ditunggangnya lalu terjatuh dan mengakibatkan kecederaan.

” Mangsa kemudiaanya telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan rawatan, bagaimanapun warga emas terbabit tidak mengalami apa-apa kecederaan,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut akan dilakukan dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI