fbpx
Tangkap layar video tular kemalangan itu.

Dua beranak cedera dirempuh penunggang Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Dua beranak cedera selepas motosikal dinaiki terlibat kemalangan dengan seorang warga Rohingya yang tular cuba melarikan diri di Jalan Padang Jawa, Seksyen 16 di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, kejadian kira-kira pukul 6.50 petang itu melibatkan dua motosikal masing-masing ditunggang lelaki warga asing itu dan seorang wanita tempatan bersama anak lelakinya.

Jelasnya, siasatan awal mendapati lelaki dipercayai membelok ke kanan menuju ke sebuah pusat komersial sebelum sebuah motosikal dari arah bertentangan melanggar kiri motosikal berkenaan.

“Akibat kemalangan itu, penunggang warga tempatan cedera pada tangan dan bahu serta menerima rawatan di Hospital Shah Alam.

“Anak lelakinya yang membonceng pula cedera di kepala dan dipantau di wad sospital sama sebelum dibenarkan pulang semalam,” katanya hari ini.

Tambah Sarudin, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354 atau balai polis berdekatan.

Terdahulu, tular beberapa video di media sosial memaparkan beberapa individu menahan seorang lelaki Rohingya yang dipercayai melarikan diri selepas terlibat kemalangan di Padang Jawa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN