fbpx

27,400 unit Proton X50 ditempah akhir bulan lalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Proton X50 menerima 27,400 tempahan setakat akhir bulan lalu.

PETALING JAYA – Sebanyak 27,400 tempahan telah diterima Proton bagi model X50 setakat akhir bulan lalu manakala sebanyak 447 unit kenderaan itu telah dihantar kepada pembeli.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton EDAR, Roslan Abdullah berkata, angka tempahan bagi jentera yang dilancarkan pada 27 Oktober lalu itu sekali gus membuktikan sambutan memberangsangkan diterima mereka daripada pembeli.

“Proton ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang menempah Proton X50.

“Kami sedang berusaha untuk memastikan kami dapat menyempurnakan penghantaran kenderaan dalam masa tiga bulan terakhir 2020 sambil memastikan produk kami berkualiti tinggi,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI