fbpx

Felda terbit sukuk bernilai RM9.9 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan menerbitkan sukuk bernilai RM9.9 bilion dengan jaminan kerajaan sebagai usaha awal untuk memulihkan institusi berkenaan.

Terbitan sukuk itu merupakan salah satu daripada pendekatan yang diambil kerajaan melalui Pelan Pemulihan Felda.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, cadangan lain yang disenaraikan dalam pelan tersebut ialah penstrukturan semula hutang dengan institusi kewangan dan me­namatkan Perjanjian Pajakan Tanah (LLA) menerusi usaha untuk meningkatkan pendapatan teras dari tanah ladang Felda.

Langkah pemulihan lain ialah dengan meningkatkan daya berdikari peneroka.

“Antara masalah utama yang dihadapi Felda adalah struktur modal yang tidak mampan dan bebanan hutang yang tinggi iaitu berjumlah RM10.6 bilion.

“Ia berpunca daripada sumber pendapatan yang ber­kurangan terutamanya pe­nerimaan bayaran pajakan bagi 351,000 hektar tanah ladang dan perkongsian keuntungan yang rendah berbanding jangkaan di bawah LLA,” katanya dalam ke­nyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Felda memiliki tanah lebih daripada 850,000 hektar dengan 450, 632 hektar dimiliki peneroka manakala 350,733 hektar lagi dipajakkan kepada FGV Holdings Bhd.

Sehingga tahun 2019, bilangan peneroka, ahli keluarga dan ge­nerasi baharu Felda adalah seramai 1,113,902 orang.

Selain itu, Mustapa menjelaskan, melalui pelan tersebut, kedudukan kewangan Felda di­jangka mencatatkan aliran positif bermula tahun 2023 de­ngan pelaksanaan inisiatif-inisiatif tersebut.

Namun katanya, penyelesaian isu-isu yang dihadapi oleh Felda tidak akan lengkap tanpa pengukuhan tadbir urus serta kecekapan dalam menguruskan ladang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI