fbpx
KOMBINASI gambar menunjukkan wanita terbabit memeluk Hutchings dengan rasa hiba. – @WHATINTHEWORLDFAMILY

‘Influencer’ langsai hutang, keluarga jadi hamba 130 tahun bebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ISLAMABAD – Seorang pempengaruh Amerika Syarikat yang mengendalikan laman filantropi @whatintheworldfamily mengundang rasa terharu  ramai netizen kerana bertindak membebaskan sebuah keluarga yang menjadi hamba berhutang selama beberapa generasi, lapor laman berita BRIEFLY.

Aaron Hutchings dan pasukannya melakukan  perjalanan ke sebuah kilang bata di Pakistan dan membayar penuh hutang keluarga berkenaan. 

Bayaran itu mengakhiri episod buruh hutang di mana beberapa generasi keluarga terbabit bekerja di kilang tersebut selama lebih 130 tahun, namun dengan sedikit bayaran demi melunaskan hutang mereka.

Dalam klip video  tular baru-baru ini, seorang wanita memakai pakaian tradisional Pakistan dilihat memeluk Hutchings dengan penuh hiba dan rasa berterima kasih sambil diperhatikan beberapa wanita lain.

Buruh hutang berlaku apabila sebuah keluarga yang terdesak, mendapatkan pinjaman wang dan dipaksa bekerja untuk membayar balik hutang tersebut.

Sistem digelar sebagai  perhambaan moden itu menyaksikan upah dibayar sangat kecil sedangkan faedah dikenakan amat tinggi, menyebabkan jumlah hutang semakin meningkat.

Apabila ibu bapa yang membuat pinjaman meninggal dunia, hutang itu diwarisi oleh anak-anak dan akhirnya, generasi seterusnya. Di Pakistan, kanak-kanak yang menjadi hamba berhutang terpaksa bekerja pada usia muda dan tidak berpeluang untuk bersekolah.

Jabatan Negara Amerika Syarikat menganggarkan seramai 4.5 juta orang di Pakistan hidup dalam situasi tersebut. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN