fbpx

204 petugas kesihatan lapor diri hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seramai 204 petugas kesihatan termasuk 165 orang Jururawat Terlatih telah melapor diri dan ditempatkan di fasiliti-fasiliti di Sabah setakat petang tadi.

Selain itu, seramai 18 orang Juruteknologi Makmal Perubatan dan 21 orang Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran turut melapor diri di Sabah dalam usaha mengekang penularan Covid-19 di negeri tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, baki seramai 152 petugas kesihatan akan melapor diri pada hari Jumaat ini.

“Lebih ramai akan melapor diri setelah keputusan ujian RT-PCR dan pemeriksaan kesihatan mereka selesai,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, secara keseluruhannya 1,045 kakitangan telah dimobilisasi ke Sabah dengan 667 daripada melibatkan gerakan secara dalam negeri manakala 378 adalah dari Semenanjung.

“Daripada jumlah itu, 150 adalah kakitangan Kesihatan Awam manakala 895 kakitangan Perubatan,” katanya.

Noor Hisham berkata, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sebelum ini telah meluluskan pelantikan sejumlah 1,223 calon baharu bagi jawatan di bawah KKM. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI